Asal Usul Kampung Lintang
Nama Kampung Lintang dahulunya dikenali
sebagai Kampung Ulu dan wujudnya nama Kampung Lintang ini adalah kerana jalan
di kampung ini melintang dari kampung Masjid dan penempatan rumah mereka pun
mengikut jalan lintang yang diterokai oleh penduduk asal disini yang melintang ke hulu mengikut arah sungai atau
parit ( Terusan ) yang dibuat oleh penduduk asal sebagai jalan singkat untuk ke
kebun dan jalan untuk ke Sibu dahulu sebelum ada jalan darat, jalan sungai
tersebut adalah laluan utama bagi penduduk Balingian amnya.
Tertubuhnnya
Kampung Lintang ini adalah kerana penduduk kampung Masjid memberi laluan untuk
membahagi kawasan kepada satu pentadbiran baru kepada Encik Julaihi Bin Ula
yang mana beliau telah dilantik oleh Allahyarham Penghulu Hj Annuar Bin Abdul
Rahman Sanai, Allahyarham Sahari Bin Sanai Ahmad ( Ketua Kaum, Kampung Masjid )
dan Allahyarham Hj Mohd Etli Bin Tahir ( Court Peon di Pejabat Daerah Kecil
Balingian) dalam sekitar tahun 1950-an .
Encik Julaihi Bin Ula adalah Ketua Kaum yang pertama dan beliau meletak jawatan
pada 31.12.2014 dan kini diganti oleh Encik Bujang Bin Sulai bermula 01.07.2015
dengan lantikan rasmi berdaftar dari Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak.
Penduduk
asal Kampung Lintang terdiri dari mereka yang tinggal di pesisir sungai, di
kebun-kebun rumbia, kebun getah dari
sungai Balingiang sampai ke Sungai Sutap, Batang Balingian. Mereka pada mulanya
menghuni atau membuat rumah di sekitar Sungai Puput di sebelah ulu dan mereka
mula membina rumah di kawasan kampung
untuk menikmati perubahan atau pembangunan semasa dan mendirikan rumah-rumah
kecil di tebing-tebing parit/ terusan Lintang yang mana dahulu keutamaan bagi
mereka untuk mendirikan rumah adalah ditebing sungai untuk mendapatkan sumber
air kerana pekerjaan utama dan sumber makanan utama semasa itu adalah sagu dari
batang rumbia yang memerlukan air untuk proses membuat sagu.
Sumber Info : Encik Julaihi Bin Ula
Mantan Ketua Kaum
Kampung Lintang.
No comments:
Post a Comment