Maklumat Asas

LOGO JKKK KPG.LINTANG,BALINGIAN


MAKSUD LOGO

    Bersama Menuju KejayaanMatlamat warga kampung adalah bersama-sama untuk mencapai kejayaan yang mana kejayaan dari segi akademik anak-anak, kejayaan dalam mencari atau mendapat kerjaya yang baik di kalangan belia-belia kampung dan kejayaan dalam mencapai sebuah kampung yang aman dan harmoni.

      Satu Malaysia : Matlamat yang pastinya diserap kepada semua penduduk kampung iaitu mencapai matlamat Satu Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang mana penduduk kampung yang terdiri dari perlbagai bangsa dan agama bersatu tanpa membeza adat dan fahaman.

       3 ikon Rumah : Menunjukkan bahawa terdapat 3 kaum utama yang wujud d Kpg. Lintang Balingian iaitu Melanau, Iban dan Cina.

        Rumah Hitam : Menunjukkan symbol kekayaan yang ada di kampung ini, iaitu taraf ekonomi yang dijalankan oleh komuniti Kpg.Lintang,Balingian. (Sumber ekonomi).

        Rumah Merah : Semangat Keberanian yang ada dalam diri Komuniti di Kpg.Lintang, Balingian.

   Rumah Kuning : Keharmonian serta keamanan masyarakat yang berbilang kaum di sini.


VISI

Kepelbagaian Ekonomi Membentuk Komuniti Berinovasi


MISI

Meningkatkan Taraf Ekonomi Penduduk Setempat Dan Mewujudkan Serta Melahirkan Komuniti Yang Berdikari Dan Berdaya Saing.


SLOGAN/MOTO

Bersama Menuju Kejayaan.



PROFILE ASAS


Parlimen                                    :           P.213 MUKAH
Nama YB Ahli Parlimen        :           Dato' Sri Dr. Muhamad Leo Michael Toyad
Dewan Undangan Negeri     :           N.58 BALINGIAN
Nama YB ADUN                      :           YB Encik Abdul Yakub Bin Hj. Arbi
Daerah                                      :            Balingian
Nama Pegawai Daerah         :            Encik Shafrie Bin Saili
Pen. Peg. Tadbir                     :            Encik Mohamad Haikal Bin Sibot @Alexander Ak Sibot

Nama Penghulu                     :            Encik Shahdan Bin Shahari

No comments:

Post a Comment